Tuesday, August 5, 2008

Menjana Pendapatan Dengan Matched

Matched adalah sebuah syarikat pengiklanan yang melibatkan syarikat-syarikat
dari UK yang ingin membuat pengiklanan dalam blog dan laman web. Banner iklan
adalah ditentukan oleh syarikat yang membuat sebarang pengiklanan. Buat masa
ini, jenis banner yang biasa diperuntukkan ialah banner ads bersaiz biasa
termasuk 125 x 125 pixel.

Untuk menyertai program pengiklanan ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di
http://www.matched.co.uk . Klik pada bahagian publisher dan sign up.
Jangan bimbang kerana program pengiklanan ini menerima blog anda walaupun
dalam bahasa melayu.

Setelah pendaftaran selesai termasuk link activation, anda bolehlah mula untuk
meletakkan URL website atau blog anda di bahagian publisher. Anda boleh
meletakkan sehingga 5 website atau blog dan setiap website atau blog, anda
boleh letakkan sehingga lima pages.

Jika website atau blog anda tidak mempunyai lain page atau tidak banyak page,
anda boleh letakkan link post anda. Sila labelkan apakah jenis link yang anda letakkan.
Adalah disyorkan anda mencari link yang berkaitan business, electronics, home & garden
kerana mereka kekurangan publisher.

Sila isi sebanyak mungkin blog atau website yang anda ada untuk memaksimakan
pendapatan anda. Ini kerana setiap link yang ada submit kepada mereka
berpotensi untuk ada pengiklan akibat program ini masih di peringkat Beta dan
mereka akan membayar £3 untuk setiap banner.

Pihak Matched akan menghubungi anda sebaik sahaja anda mendapat advertiser.
Mereka akan meminta anda untuk login akaun anda, cari kod html atau java script
yang sesuai lalu dan letakkan di halaman blog dan post anda. Mereka akan
membuat semakan jadi pastikan ia betul-betul diletakkan dalam link yang anda
submit.

Secara puratanya, anda boleh mendapatkan sehingga £75 setiap bulan.
Jadi, dengan program mudah ini, anda boleh mendapat bayaran sehingga
RM450.00 sebulan!

Selamat mencuba dan menjana kewangan!