Tuesday, August 5, 2008

Menjana Pendapatan Dengan ZangoCash.

ZangoCash merupakan satu program pay per install di mana mereka akan membayar
pemilik laman web bila pelawat memuat turun dan memasang perisian zango di komputer
mereka. Program ini amat sesuai untuk laman web yang menawarkan fail-fail multimedia
untuk dimuat turun atau ditonton secara online.

Bagi setiap perisian zango yang dipasang, kita akan menerima bayaran di antara $0.10
hingga $1.45 bergantung kepada lokasi pelawat yang memasang perisian tersebut.

Untuk menjana pendapatan dengan ZangoCash, pertama sekali anda perlu memohon
untuk menjadi web publisher di ZangoCash sign up. Setiap permohonan biasanya akan
mengambil masa di antara 24 hingga 72 jam. Untuk memohon, anda mestilah
menggunakan laman web yang sudah mempunyai pengunjung dan menawarkan fail-fail
multimedia untuk dimuat turun atau ditonton / didengar di laman web anda.
Selain fail-fail multimedia, laman web lain yang sesuai ialah laman web yang menawarkan
wallpaper,desktop icons, windows themes dan sebagainya untuk dimuat turun.

ZangoCash betul-betul berkesan digunakan di laman web yang menawarkan file-file untuk
di muat turun atau ditonton / dengar secara online.
Jadi satu bentuk laman web yang paling senang untuk dibina dan memerlukan modal
yang sedikit ialah laman web video streaming. Kos yang diperlukan hanyalah untuk
mendaftar domain dan juga hosting. Laman web video streaming yang mudah dibina dan
mudah mendapat pengunjung ialah laman web video streaming yang menyediakan siri-siri
televisyen yang boleh ditonton secara online.

Untuk membina laman web video streaming ini, anda hanya perlu menggunakan
wordpress. Selain daripada percuma, wordpress juga terkenal dengan seo friendly dan
terdapat banyak-banyak theme-theme percuma yang anda boleh gunakan untuk laman
web video streaming.Selepas memasang wordpress dan memilih theme yang bersesuaian,
anda boleh terus mula memasukkan video-video siri television ini ke laman web anda.

Tidak ramai yang menyedari potensi ZangoCash ini malah tidak ramai yang tahu
bagaimana menggunakannya. Jadi jika anda bermula sekarang, masih tinggi peluang
untuk anda menjana pendapatan yang lumayan dari ZangoCash.